This article is based on a press release originally issued by Berita RTM.
KUALA LUMPUR, 4 Sept – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menetapkan semua universiti mengintegrasikan elemen kecerdasan buatan (AI) dalam kurikulum sedia ada sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran merentas bidang pengajian.
RINGKASAN BERITA AI
- Pendekatan 'embed' mengintegrasikan AI dalam kaedah pembelajaran dan kurikulum merentas bidang pengajian.
- Pelancaran makmal superkomputer AI di APU memberi akses kuasa pengkomputeran tinggi untuk pembangunan dan ujian aplikasi AI.
- Penggunaan AI tidak harus menggerhanakan pemikiran kritis serta kemampuan menulis dan mengarang pelajar.
- KPT menekankan nilai kemanusiaan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi RPTM.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, pendekatan itu penting susulan perkembangan pesat AI yang kini bukan lagi sekadar berfungsi sebagai alat bantu, sebaliknya menjadi sebahagian daripada proses pendidikan.
“AI bukan lagi sekadar menjadi satu alat, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada keseluruhan proses. Justeru, kita menggunakan pendekatan yang diistilahkan sebagai ‘embed’, iaitu mengintegrasikan AI dalam semua kaedah pembelajaran, kurikulum dan sebagainya.
“Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan hari ini bergerak begitu pantas, dan AI kini menjadi sebahagian daripada proses tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Superkomputer AI yang dikuasakan teknologi NVIDIA DGX Spark di Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), di sini, hari ini.
Kemudahan yang dilancarkan di kampus berkenaan membolehkan pelajar dan penyelidik mengakses kuasa pengkomputeran AI canggih, selain menyokong pembangunan, pengujian dan penambahbaikan aplikasi AI dalam bidang seperti Sains Komputer, Kecerdasan Buatan, Sains Data dan Kejuruteraan.
Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Zambry mengingatkan para pelajar bahawa penggunaan AI dalam pendidikan tidak menjejaskan keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal serta meningkatkan kemahiran menulis dan mengarang.
“Jangan sampai penggunaan AI menggerhanakan kapasiti pelajar untuk terus berfikir secara kritikal, membentuk pemikiran kritis serta meningkatkan kemampuan mereka dalam menulis dan mengarang. Perkara ini juga sangat penting untuk diambil kira,” katanya.
Beliau berkata, aspek nilai kemanusiaan turut diberi perhatian KPT dalam Rancangan Pendidikan Tinggi (RPTM).
For the original release, click HERE to view the article.
[Press Release: Berita RTM]
News & Happening
Download e-Brochures
Intake Calendar
Want to know more ?
Let’s Connect