SEARCH ADVISOR

MARA Loan - Graduate Excellent Programme (GrEP)

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi DALAM NEGARA kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara. Permohonan sesi pengajian tahun 2023 melalui atas talian dibuka pada 23 May 2023 sehingga 06 June 2023 - https://www.mara.gov.my/en/graduate-excellence-programme-grep-6/


Program Yang Ditawarkan

Program Sarjana

  • Master of Technology Management
  • MSc in Information Technology Management
  • MSc in Software Engineering
  • Master of Science in Artificial Intelligence
  • Master of Science in Cyber Security
  • MSc in Data Science and Business Analytics
  • Master of Business Administration
  • Master of Business Administration (Euro Asia Business)
  • Master of Science in International Business Communications
  • Master of Science in Global Marketing Management
  • Master of Accounting
  • Master of Accounting in Forensic Analysis
  • Master of Finance
  • Master of Finance with a specialism in FinTech
  • Master of Project Management
  • Master of Philosophy in Engineering
  • Master of Philosophy in Management
  • Master of Science in Computing

Doktor Falsafah (PhD)

  • PhD in Computing
  • PhD in Technology
  • PhD in Engineering
  • Doctor of Philosophy in Management
  • PhD in Finance

NOTA: Kursus akhir yang diluluskan adalah tertakluk kepada syarat dan terma dari pihak MARA


Syarat Dan Kelayakan Akademik

Syarat Umum

NO. SYARAT
1 Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
2 Had umur pemohon pada 31 Disember 2020 tidak melebihi 40 tahun bagi Sarjana dan 45 tahun bagi doktor falsafah.
3 Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan.
4 Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
5 Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
6 Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
7 Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
8 Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.
9 Warga kerja MARA dan subsidiari MARA tidak layak memohon pinjaman ini.

Syarat Akademik

Sarjana



Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu.

Doktor Falsafah (PhD)



Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Syarat Program

 

1 Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2021.
2 Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
3 Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A.
4 Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
5 Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
6 Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.

Download